E-mail Print PDF

SKOP

Jurnal Manuskrip Melayu & Peradaban Serantau ialah sebuah jurnal ilmiah yang komited kepada perkembangan dapatan penyelidikan dalam bidang Manuskrip Melayu, Tulisan Jawi, Kearifan Tempatan, Tamadun Melayu & Islam dan Peradaban Nusantara serta segala isu-isu yang melibatkan masyarakat Melayu dan juga agama Islam . Ia menerbitkan artikel, ulasan topik terkini, dan nota penyelidikan yang menarik minat para sarjana, terutamanya daripada segi kandungan dan pendekatannya.

Jurnal Manuskrip Melayu & Peradaban Serantau diterbitkan oleh Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) dan dianggotai oleh Sidang Editor yang terdiri daripada ahli akademik Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia. Selain itu, para sarjana terkenal dari universiti dalam dan luar negara dilantik sebagai ahli lembaga penasihat dan penilai artikel yang dikemukakan.