Hakcipta

E-mail Print PDF

HAKCIPTA

Para penulis bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan manuskrip mereka tidak melanggar mana-mana hak cipta yang sedia ada. Para penulis seharusnya mendapatkan keizinan untuk menerbitkan semula atau mengubahsuai bahan-bahan yang mempunyai hak cipta, dan menunjukkan bukti keizinan tersebut semasa menyerahkan naskhah akhir manuskrip.

 

PROSES PENILAIAN

Sesebuah manuskrip akan dinilai oleh Sidang Editor dan sekurang-kurangnya seorang wasit bebas. Keputusan tentang penerbitan sesebuah manuskrip didasarkan kepada saranan ahli-ahli lembaga ini. Sesebuah manuskrip akan dinilai berasaskan kesesuaiannya dengan Sains Malaysiana, sumbangan kepada disiplin ilmu, kejituan analisis, keluasan konsepsual, persembahan yang jelas, dan kesempurnaan teknikal.  Nama penuh dan afiliasi semua penulis manuskrip hendaklah dinyatakan pada halaman depan yang dibuat secara berasingan dengan manuskrip.  Manuskrip yang diserahkan oleh mana-mana anggota Sidang Editor juga tertakluk kepada prosedur penilaian yang sama.

 

NASKHAH SEMAKAN, OFF-PRINTS DAN ALAMAT

Satu set pruf akan dihantar kepada penulis bagi tujuan penyemakan kesilapan percetakan. Adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk memaklumkan sebarang pembetulan kepada Sidang Editor. Para penulis akan dibekalkan dengan 20 off-prints percuma berserta dengan satu naskhah jurnal sebaik sahaja ia diterbitkan. Sila nyatakan alamat semua penulis manuskrip (termasuk nombor telefon, faks dan e-mail) bagi tujuan surat menyurat.