Aluan Ketua PUSKAM

E-mail Print PDF

 

 

 

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat baginda.


 

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam membina laman web Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu (PUSKAM). Laman web ini bertujuan untuk memberikan maklumat tentang PUSKAM serta maklumat-maklumat terkini kajian-kajian tentang manuskrip Melayu di Alam Melayu. 

 

Diharapkan laman web ini dapat memberikan maklumat berguna kepada para pengkaji yang berminat dengan kajian manuskrip, kitab jawi mahupun juga kajian tentang tulisan jawi. PUSKAM juga akan menghebahkan segala aktiviti yang dilakukan serta cuba memuat naikkan hasil kajian, kertas kertas seminar yang dilaksanakan. Perkara ini tidak lain dan tidak bukan sebagai satu perkongsian ilmu untuk semua. Diharapkan kewujudan laman web ini akan memberikan manafaat kepada para pengkaji dan dapat membina jaringan yang menyeluruh dalam kajian manuskrip.


 

 

Dr. Mohd Asmadi Yakob

Ketua

Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu (PUSKAM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Shah Alam, Selangor