Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu (PUSKAM)

E-mail Print PDF

Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu (PUSKAM)

Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu atau ringkasnya PUSKAM merupakan Pusat Kecemerlangan CITU yang diwujudkan dengan tujuan mendekatkan para pensyarah CITU dengan kajian manuskrip. Sepanjang tempoh penubuhannya, tahun 2009 dianggap tahun penyelidikan, penulisan dan penerbitan bagi Pusat Kajian Manuskrip Melayu (PUSKAM). Buktinya, PUSKAM telah mengadakan dua sesi Taklimat Penyelidikan Manuskrip, iaitu pada tanggal 14 Januari 2009 dan 18 Mei 2009 bertempat di Pusat Islam, CITU dan taklimat telah disampaikan oleh Pn. Fairuzah Hj. Basri, Ketua PUSKAM. Sesi ini dihadiri oleh para peserta lawatan ke Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan para pensyarah CITU. Para peserta telah didedahkan dengan pendekatan filologi dalam meneliti manuskrip Melayu. Lanjutan itu, PUSKAM dengan kerjasama Research Management Unit (RMU), CITU telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Hasil Penyelidikan bertempat di INTEKMA Resort. Sebanyak enam judul penyelidikan berkaitan manuskrip Melayu telah didaftarkan di bawah Research Managemant Institute (RMI), UiTM. Selain itu, Ketua PUSKAM turut menyertai Bengkel Kajian Manuskrip Jawi anjuran UKM pada 15-16 Julai 2009 bertempat di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM sebagai menambah kemahiran kajian manuskrip.

Penyelidikan manuskrip berjudul Naskhah Manuskrip MSS 2488 (Durrun-Nafis): Kajian dan Transliterasi telah dibentangkan di Conference on Scientific and Social Research (CSSR 08'09) anjuran RMI di A Famosa Resort Melaka pada 14-15 Mac 2009. Penyelidikan yang diketuai oleh Ketua PUSKAM telah memenangi dua hadiah iaitu Kertas kerja Terbaik (Merit Award) dan Pembentang Terbaik.

Penulisan PUSKAM berjudul Sumbangan Naskhah Kitab dalam Pemantapan Institusi Pendidikan Islam di Borneo telah dibentangkan di Seminar Islam di Borneo pada 4-5 Mac 2009 anjuran UiTM Sarawak dengan kerjasama UiTM Sabah bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Penulisan berjudul pegangan Akidah Syeikh Abdul Rauf Singkel dalam Naskhah Umdat al-Muhtajin pula telah disumbangkan ke UKM untuk terbitan bersama dengan pensyarah Atma.

Penerbitan buku sulung PUSKAM berjudul Syair Kelahiran Nabi Muhammad dan Syair Nasihat : Pengenalan dan Transliterasi telah dijayakan oleh UPENA, UiTM. Buku ini telah dihasilkan oleh Pn. Fairuzah Hj. Basri. UPENA juga telah memilih buku ini untuk dibentangkan dalam Sesi Bicara Buku Siri 2 bertempat di galeri UPENA pada 25 MAC 2009. Semasa sesi ini berlangsung , penulis telah mengulas buku dengan diselang sell oleh alunan syair dari bait-bait syair pada manuskrip asal. Alunan syair telah dikumandang oleh Pak Agi atau nama penuhnya ialah Abdul Ghafar bin Ibrahim, Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA).

Bermula bulan Ogos 2011, PUSKAM diterajui oleh Dr. Mohd Asmadi Yakob yang mengganti Puan Fairuzah Haji Basri yang bercuti kerana melanjutkan pengajian beliau di peringkat Ph.D.

Di bawah pengurusan baru PUSKAM telah melakukan beberapa aktiviti. Antaranya Lawatan ke Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia pada 24 April 2012. Dan aktiviti terbesar PUSKAM pada tahun 2012 ialah Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu yang berlangsung pada 19 dan 20 Jun 2012. Hasil daripada seminar tersebut PUSKAM merancang beberapa aktiviti terbari seperti penerbitan CIB dan juga e jurnal.

 

Senarai FELO

  1. Dr. Mohd Asmadi Yakob (Ketua)
  2. Fadilah Adibah binti Ismail (Setiausaha)
  3. Mohd. Takiyuddin Hj. Ibrahim
  4. Mohd Ashrof Zaki Yaakob
  5. Mohammad Mahyuddin Khalid
  6. Asmak Husin
  7. Mohd. Fakaruddeen Che Omar
  8. P. Madya Zakaria Mustaffa
  9. Fatimah Salleh
  10. Che Zaharah Abdullah
  11. Siti Norida Abdul Kadir
  12. Mohd. Dasuqkhi Mohd. Sirajuddin
  13. Dr. Mohd. Afandi Mat Rani (felo bersekutu)